PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

[WEBINAR] Buah Pinggang Saya OK Ke? Kenali Tanda Awal CKD

 

Salam sejahtera warga Mulia Jaya! Pagi ini, NADI Mulia Jaya membawakan satu topik kritikal mengenai kesihatan dalaman kita dalam sesi NADI Kesejahteraan Kendiri.

Ramai yang menganggap penyakit buah pinggang hanya menyerang warga emas, namun hakikatnya Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, malah sering kali hadir tanpa simptom yang jelas di peringkat awal.

Antara intipati penting yang bakal dikongsikan oleh Dr. Nurshafiqah binti Rosli pagi ini termasuklah:

  • Anatomi & Fungsi: Memahami bagaimana buah pinggang berfungsi sebagai penapis utama toksin dalam badan kita.

  • Simptom & Isyarat Amaran: Mengenali tanda-tanda awal yang sering diabaikan (seperti kerap kencing malam, keletihan melampau, atau bengkak pada kaki).

  • Faktor Risiko Kronik: Siapa yang lebih berisiko? Hubungkait antara penyakit darah tinggi, kencing manis, dan kesihatan buah pinggang.

  • Langkah Pencegahan Awal: Tips penjagaan pemakanan, hidrasi yang betul, dan tabiat harian untuk mengekalkan fungsi buah pinggang yang optimum.

Butiran Siaran Langsung:

  • Tarikh: 16 Jun 2026 (Hari Ini)

  • Masa: 10.30 Pagi

  • Platform Utama: Google Meet ๐Ÿ‘‰ meet.google.com/tvt-jacd-uem

  • Siaran Bersama: YouTube Studio Sihat & Facebook NADI Malaysia

Sesi ini adalah PERCUMA. Jangan lepaskan peluang untuk bertanyakan soalan secara langsung kepada pakar perubatan kita.

Berita Berkaitan