

Puan Nisbah Safrina merupakan pesrerta Mahir masak, Puan Nisbah Safrina telah menjadi ahli NADI Mulia Jaya sejak dari awal tahun 2025 dan masih aktif dalam menggunakan segala perkhidmatan di NADI.
Sebelum menyertai program NADI Mahir Masak, Puan Nisbah Safrina mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai teknik dan kaedah memasak yang betul. Beliau juga kurang yakin untuk mencuba resipi baharu serta menghasilkan hidangan yang lebih pelbagai.
Selepas menyertai program NADI Mahir Masak, Puan Nisbah Safrina telah memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran baharu dalam bidang masakan melalui tunjuk ajar daripada cikgu memasak yang berpengalaman. Beliau kini lebih mahir dalam teknik penyediaan makanan, lebih yakin mencuba pelbagai resipi, serta mampu menghasilkan hidangan yang lebih berkualiti dan menarik.
© 2026 Hakcipta Terpelihara