PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program kempen internet selamat NADI Mulia Jaya x SK Taman Kosas

Pada 23 September 2025, NADI Mulia Jaya telah menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menggunakan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Kempen ini telah disertai oleh seramai 750 orang murid, yang menunjukkan sambutan amat menggalakkan daripada warga sekolah. Melalui sesi ceramah yang disampaikan, para peserta diberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dalam talian, cara mengelakkan penipuan siber, serta kepentingan menjaga privasi ketika melayari internet.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap isu keselamatan digital dan membentuk generasi yang lebih celik teknologi serta beretika dalam dunia siber.

Berita Berkaitan