Pada 3 September 2025, NADI Mulia Jaya telah menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menggunakan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Melalui sesi ceramah yang disampaikan, para peserta diberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dalam talian, cara mengelakkan penipuan siber, serta kepentingan menjaga privasi ketika melayari internet.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap isu keselamatan digital yang semakin mencabar pada masa kini.
