Pada 24 September 2025, NADI telah menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran . Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menggunakan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Kempen ini telah disertai oleh seramai 580 orang murid, yang menunjukkan sambutan amat menggalakkan daripada warga sekolah. Melalui sesi ceramah yang disampaikan, para peserta diberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dalam talian, cara mengelakkan penipuan siber, serta kepentingan menjaga privasi ketika melayari internet.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap isu keselamatan digital dan membentuk generasi yang lebih celik teknologi serta beretika dalam dunia siber.


