PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Perlawanan saringan MLBB season3

Pada 23 Ogos 2025, telah berlangsung Perlawanan Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) e-Sport Season 3 di NADI Mulia Jaya. Perlawanan ini melibatkan tiga kumpulan yang berentap bagi merebut tempat untuk layak ke peringkat seterusnya, iaitu pertandingan antara NADI.

Program ini bertujuan mencungkil bakat dan potensi belia dalam bidang e-sukan serta memupuk semangat berpasukan dan persaingan sihat. Sepanjang pertandingan, suasana begitu meriah dengan sorakan penyokong dan semangat kesukanan yang tinggi daripada semua peserta.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya mara ke peringkat seterusnya, dan semoga mereka dapat terus mengharumkan nama NADI Mulia Jaya dalam saingan akan datang.

Berita Berkaitan