PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Makan udang, tiba-tiba bibir bengkak, muka gatal atau badan naik ruam?

Jangan anggap ini alergi biasa-biasa. Udang dan makanan laut bercengkerang boleh mencetuskan alergi makanan. Ada reaksi yang ringan, tetapi ada juga yang boleh menjadi serius dan mengancam nyawa, dikenali sebagai anafilaksis.

Dalam video ini, kita kongsikan tanda-tanda alergi makanan laut yang perlu diberi perhatian, terutama jika simptom berlaku secara tiba-tiba selepas makan udang atau makanan bercengkerang.

Antara tanda yang perlu diambil serius:

✅ Bibir, muka, lidah atau tekak mula bengkak
✅ Tekak rasa ketat atau susah menelan
✅ Susah bernafas, semput atau bunyi wheezing
✅ Rasa seperti tercekik atau dada ketat
✅ Pening, lemah atau hampir pengsan
✅ Keliru, mengantuk luar biasa atau muka kelihatan pucat
✅ Ruam, gatal-gatal atau badan naik bengkak

Jika berlaku bengkak pada tekak, susah bernafas, pening teruk atau hampir pengsan selepas makan sesuatu makanan, jangan tunggu. Ini boleh menjadi tanda reaksi alergi yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan.

Alergi makanan bukan sekadar gatal atau ruam. Kenali tanda bahaya supaya anda tahu bila perlu dapatkan bantuan segera.

🎥 Tonton video penuh di sini: https://youtube.com/shorts/RXijo6PtrrY?feature=share

 

Berita Berkaitan