Pada 13 Disember 2025 , telah berlansung program Hari Bersama Komuniti dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang penuh sengit, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Selain itu, banyak lagi aktiviti santai dan interaktif turut disediakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat mengambil bahagian.
Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam komuniti setempat. Diharapkan program sebegini akan terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memupuk komuniti yang lebih harmoni dan berdaya maju.


