Bazar Raya di Nadi Mulia Jaya telah berjaya berlangsung pada 22 Mac 2025 dengan penyertaan para usahawan NADI yang bersemangat memperkenalkan pelbagai produk jualan mereka kepada komuniti setempat.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan komuniti sekitar.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong inisiatif ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperkasakan usahawan tempatan.


