PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

AKADEMI ASAS PENERANGAN โ€“ NADI X KOMUNITI MADANI โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Akademi Asas Penerangan โ€“ NADI X Komuniti MADANI pada Sabtu, 15 Ogos 2026, dengan penglibatan Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat bersama Komuniti MADANI.

๐ŸŽค Antara pengisian utama program adalah Pengucapan Awam, yang memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi serta penyampaian maklumat dengan lebih berkesan.

๐Ÿ“ฑ Para peserta turut didedahkan kepada Mojo Journalism (Mobile Journalism) serta penggunaan Prompt dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif, menarik dan relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

Program ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti dengan kemahiran komunikasi dan digital yang bermanfaat dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

๐Ÿ’ก Komuniti Celik Digital, Komuniti Berdaya Saing!

#NADIXKomunitiMADANI
#AkademiAsasPenerangan
#KomunitiMADANI
#JabatanPenerangan
#MobileJournalism
#PengucapanAwam
#TeknologiAI
#NADIMuliaJaya

Berita Berkaitan