Pada 7 September 2025, NADI Mulia Jaya telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat NADI dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, tayangan filem patriotik “Mat Kilau”, serta pertandingan e-sukan Mobile Legend yang mendapat sambutan hangat daripada golongan belia.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat serta mengeratkan hubungan antara penduduk melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berbentuk kekeluargaan dan kebersamaan.


